Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah! Kepada-Mu segala pujian kesyukuran dan kepada-Mu nikmat kemuliaan

Teks Bahasa Arab

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ شُكْرًا، وَلَكَ الْمَنُّ فَضْلًا.

Teks Bahasa Melayu

Ya Allah! Kepada-Mu segala pujian kesyukuran dan kepada-Mu nikmat kemuliaan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1577, hadis no. 7983. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن كعب بن عجرة، قال: بعث رسول الله صلى الله عليه وسلم سرية فقال: لئن سلمهم الله، لأشكرنه، أو قال: عليّ إن سلمهم الله أن أشكره. فغنموا وسلموا فقال: اللهم لك الحمد شكرا، ولك المنّ فضلا، فانتظره الناس أن يصنع شيئا، فلم يروه فقالوا: يا رسول الله إنك قلت (للذي قال) فقال: أو لم نقل: اللهم لك الحمد شكرا ولك المنُّ فضلا. [طب، ((الضعيفة)) (7051)].

(Lemah) Daripada Ka’ab bin Ujrah, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan seorang utusan lalu baginda bersabda: Sekiranya Allah menyelamatkan mereka, maka aku benar-benar bersyukur pada-Nya, atau baginda bersabda: Keatasku jika Allah menyelamatkan mereka untuk bersyukur pada-Nya. Lalu mereka pun pergi dan berjaya dan terselamat. Maka baginda pun berkata: Ya Allah! Kepada-Mu segala pujian kesyukuran dan kepada-Mu nikmat kemuliaan. Lalu manusia menunggu baginda untuk membuat sesuatu tetapi mereka tidak melihatnya lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau telah bersabda (kepada orang yang berkata), maka Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kami menyebut: Ya Allah! Kepada-Mu segala pujian kesyukuran dan kepada-Mu nikmat kemuliaan. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabīr, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7051].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.