Ya Allah! Kepada-Mu aku mengadu lemahnya kekuatanku, kurangnya helahku, dan hinanya daku ke atas manusia

TEKS BAHASA ARAB

اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس، أرحم الراحمين أنت؛ ارحمني، إلى من تكلني؟ إلى عدو يتجهمني، أم إلى قريب ملكته أمري؟ إن لم تكن غضبانا علي فلا أبالي، غير أن عافيتك هي أوسع لي، أعوذ بنور وجهك الذي أشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة أن تنزل بي غضبك أو تحل علي سخطك، لك العتبى حتى ترضى ولا حول ولا قوة إلا بك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Kepada-Mu aku mengadu lemahnya kekuatanku, kurangnya helahku, dan hinanya daku ke atas manusia. Engkaulah yang Maha Mengasihani, kasihanilah aku. Kepada siapa Engkau mahu serahkan daku? (Adakah) Kepada musuh yang mahu menyerang daku? Atau kepada saudara dekat yang Engkau berikannya menguasai urusanku? Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak kisah, namun kesejahteraan-Mu lebih luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi kegelapan dan membaiki urusan dunia dan akhirat daripada Engkau menurunkan kemurkaan-Mu atau kemarahan-Mu ke atasku. Kepada-Mu seluruh aduan sehingga Engkau redha, tiada daya dan upaya melainkan dengan-Mu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 987, hadis nombor 5087. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن جعفر رضي الله عنه، قال: لما توفي أبو طالب خرج النبي صلى الله عليه وسلم إلى الطائف ماشيا على قدميه، قال: فدعاهم إلى الإسلام، قال: فلم يجيبوه، قال فانصرف، فأتى ظل شجرة، فصلى ركعتين ثم قال: ((اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس، أرحم الراحمين أنت؛ ارحمني، إلى من تكلني؟ إلى عدو ‌يتجهمني، أم إلى قريب ملكته أمري؟ إن لم تكن غضبانا علي فلا أبالي، غير أن عافيتك هي أوسع لي، أعوذ بنور وجهك الذي أشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة أن تنزل بي غضبك أو تحل علي سخطك، لك العتبى حتى ترضى ولا حول ولا قوة إلا بك)). [طب، الضياء، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2933)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Jaafar RA berkata: Apabila meninggalnya Abu Talib, Nabi SAW keluar ke Taif berjalan kaki. Dia berkata: Lalu Baginda mengajak mereka kepada Islam. Dia berkata: Namun mereka tidak menyahutnya. Dia berkata: Lalu Baginda pun beredar, lalu berteduh di bawah sebatang pokok. Lantas Baginda pun solat dua rakaat kemudian berdoa: Ya Allah! Kepada-Mu aku mengadu lemahnya kekuatanku, kurangnya helahku, dan hinanya daku ke atas manusia. Engkaulah yang Maha Mengasihani, kasihanilah aku. Kepada siapa Engkau mahu serahkan daku? (Adakah) Kepada musuh yang mahu menyerang daku? Atau kepada saudara dekat yang Engkau berikannya menguasai urusanku? Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak kisah, namun kesejahteraan-Mu lebih luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi kegelapan dan membaiki urusan dunia dan akhirat daripada Engkau menurunkan kemurkaan-Mu atau kemarahan-Mu ke atasku. Kepada-Mu seluruh aduan sehingga Engkau redha, tiada daya dan upaya melainkan dengan-Mu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, aḍ-Ḍiya’ dalam al-Mukhtarah, Ibn Adiy dalam al-Kamil fi al-Ḍhu’afa’, dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2933]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs