Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sebagai sesuatu yang paling aku cintai

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اللهم اجعل حبك أحب الأشياء إلي، واجعل خشيتك أخوف الأشياء عندي، واقطع عني حاجات الدنيا بالشوق إلى لقائك، وإذا أقررت أعين أهل الدنيا من الدنيا فأقر عيني من عبادتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sebagai sesuatu yang paling aku cintai dan jadikanlah takut kepada-Mu sebagai sesuatu yang paling aku takuti, dan putuskanlah daripadaku keperluanku kepada dunia dengan rindu untuk bertemu dengan-Mu. Dan apabila mata-mata ahli dunia berasa tenang dengan dunia, tenangkanlah mataku dengan beribadah kepada-Mu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2007, hadis nombor 10072. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن صالح عمن حدثه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللهم اجعل حبك أحب الأشياء إلي، واجعل خشيتك أخوف الأشياء عندي، واقطع عني حاجات الدنيا بالشوق إلى لقائك، وإذا أقررت أعين أهل الدنيا من الدنيا فأقر عيني من عبادتك.
[فر، ((الضعيفة)) (2903)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Salih daripada seorang yang menceritakan kepadanya daripada Rasulullah SAW: Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sebagai sesuatu yang paling aku cintai dan jadikanlah takut kepada-Mu sebagai sesuatu yang paling aku takuti, dan putuskanlah daripadaku keperluanku kepada dunia dengan rindu untuk bertemu dengan-Mu. Dan apabila mata-mata ahli dunia berasa tenang dengan dunia, tenangkanlah mataku dengan beribadah kepada-Mu.
[Riwayat al-Dailamy dalam kitab al-Firdaus.. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2903]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.