Ya Allah hapuskan kesejukan daripada mereka

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "إن بلالا قال أذنت في ليلة باردة شديدة البرد فلم يأت أحد ثم أذنت ثانية فلم يأت أحد، ثم أذنت ثالثة فلم يأتي أحد، فقال رسول صلى الله عليه وآله وسلم: ما لهم يا بلال؟ قال كبدهم البرد. فقال اللهم اكسر عنهم البرد [إلخ] ".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguh Bilal berkata: “Saya azan pada satu malam yang begitu sejuk dan tidak datang seorang pun sahabat (untuk solat jemaah), lalu saya azan kali kedua, namun tidak ada juga yang datang, kemudian saya azan kali ketiga, juga tidak ada seorangpun yang hadir”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Mengapakah dengan mereka wahai Bilal?” Beliau menjawab: “Mereka diseliputi kesejukan”. Nabi SAW bersabda: “Ya Allah hapuskan kesejukan daripada mereka [hingga akhir hadis].


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 19, hadis nombor 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلي عن جابر مرفوعا وقال ليس له أصل وفي إسناده: أيوب ابن سيار كذاب.

al-‘Uqaili berkata daripada Jabir secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). Beliau berkata: Hadith ini tidak ada asalnya, di dalam sanadnya terdapat Ayyub Ibn Sayyar dan beliau adalah seorang pendusta.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs