Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah hapuskan kesejukan daripada mereka

Teks Bahasa Arab

حديث: "إن بلالا قال أذنت في ليلة باردة شديدة البرد فلم يأت أحد ثم أذنت ثانية فلم يأت أحد، ثم أذنت ثالثة فلم يأتي أحد، فقال رسول صلى الله عليه وآله وسلم: ما لهم يا بلال؟ قال كبدهم البرد. فقال اللهم اكسر عنهم البرد [إلخ] ".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguh Bilal berkata: “Saya azan pada satu malam yang begitu sejuk dan tidak datang seorang pun sahabat (untuk solat jemaah), lalu saya azan kali kedua, namun tidak ada juga yang datang, kemudian saya azan kali ketiga, juga tidak ada seorangpun yang hadir”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Mengapakah dengan mereka wahai Bilal?” Beliau menjawab: “Mereka diseliputi kesejukan”. Nabi SAW bersabda: “Ya Allah hapuskan kesejukan daripada mereka [hingga akhir hadis].

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 19, hadis no. 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن جابر مرفوعا وقال ليس له أصل وفي إسناده: أيوب ابن سيار كذاب.

al-‘Uqaili berkata daripada Jabir secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). Beliau berkata: Hadith ini tidak ada asalnya, di dalam sanadnya terdapat Ayyub Ibn Yasar dan beliau adalah seorang pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.