Ya Allah! Engkaulah yang paling berhak untuk diingati (disebut), yang paling berhak untuk disembah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اللهم أنت أحق من ذكر، وأحق من عبد، وأنصر من ابتغي، وأرأف من ملك، وأجود من سئل، وأوسع من أعطى، أنت الملك لا شريك لك، أسألك بنور وجهك الذي أشرقت له السماوات والأرض بكل حق هو لك، وبحق السائلين عليك أن تقبلني في هذه الغداة، أو في هذه العشية، وأن تجيرني من النار بقدرتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Engkaulah yang paling berhak untuk diingati (disebut), yang paling berhak untuk disembah, yang paling membantu apabila diperlukan, yang paling penyantun sebagai yang menguasai,yang paling pemurah sebagai yang diminta darinya,yang paling luas pemberiannya sebagai pemberi, Kamu adalah Penguasa yang tiada sekutu bagi-Mu, Aku memohon kepada-Mu dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi langit dan bumi dan dengan setiap hak bagi-Mu, dan hak orang yang meminta kepadaMu agar Engkau menerimaku pada waktu pagi atau petang dan Engkau jauhkan daku daripada neraka dengan kekuasaan-Mu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1557, hadis nombor 7889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة الباهلي -رضي الله عنه-، قال: كَانَ إِذَا أَصْبَحَ وَأَمْسَى؛ دَعَا بِهَذِهِ الدَّعَوَاتِ: ((اللَّهُمَّ أَنْتَ أَحَقُّ مَنْ ذُكِرَ، وَأَحَقُّ مَنْ عُبدَ، وَأَنصر مَنْ ابتُغيَ، وأرأف من ملك، وأجود من سُئل، وأوسع مَنْ أَعْطَى، أَنْتَ الْمَلِكُ لا شَرِيكَ لَكَ … أَسْأَلُكَ بنورِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ، بِكُلِّ حَقٍّ هُوَ لَكَ، وَبِحَقِّ السَّائِلِينَ عَلَيْكَ أَنْ تَقْبَلَنِي فِي هَذِهِ الْغَدَاةِ أَوْ فِي هَذِهِ الْعَشِيَّةِ، وَأَنْ تُجِيرَنِي مِنَ النَّارِ بِقُدْرَتِكَ)) [طب، وفي ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6253)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah al-Bahili RA beliau berkata: “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba pagi dan petang, Baginda akan berdoa dengan beberapa doa ini: Ya Allah! Engkaulah yang paling berhak untuk diingati (disebut), yang paling berhak untuk disembah, yang paling membantu apabila diperlukan, yang paling penyantun sebagai yang menguasai,yang paling pemurah sebagai yang diminta darinya,yang paling luas pemberiannya sebagai pemberi, Kamu adalah Penguasa yang tiada sekutu bagi-Mu, Aku memohon kepada-Mu dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi langit dan bumi dan dengan setiap hak bagi-Mu, dan hak orang yang meminta kepadaMu agar Engkau menerimaku pada waktu pagi atau petang dan Engkau jauhkan daku daripada neraka dengan kekuasaan-Mu.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan dalam Kitab al-Dua. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6253]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.