Ya Allah! Engkau telah mengeluarkan aku dari negeri yang paling Engkau cintai

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اللهم إنك أخرجتني من أحب البقاع إلي، فأسكني أحب البلاد إليك، فأسكنه الله المدينة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ya Allah! Engkau telah mengeluarkan aku dari negeri yang paling Engkau cintai. Oleh itu, tempatkanlah aku di negeri yang paling Engkau cintai. Allah SWT lalu menetapkan Nabi SAW di Madinah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 47, hadis nombor 74. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر، بل قيل: موضوع.

Hadith ini munkar, bahkan dikatakan: Palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs