Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah, Engkau datangkan kepadaku orang yang paling Engkau cintai supaya dia dapat makan burung ini bersamaku

Teks Bahasa Arab

حديث: اللَّهُمَّ ائْتِنِي بِأَحَبِّ النَّاسِ إِلَيْكَ يَأْكُلُ مَعِي هَذَا الطَّيْرَ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ya Allah, Engkau datangkanlah kepada aku orang yang paling Engkau cintai supaya dia dapat maka burung ini bersama aku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 382-383, hadis no. 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المختصر: له طرق كثيرة، كلها ضعيفة، وقد ذكره ابن الجوزي في الموضوعات. وأما الحاكم، فأخرجه في المستدرك، وصححه، واعترض عليه كثير من أهل العلم، ومن أراد استيفاء البحث: فلينظر ترجمة الحاكم في النبلاء.

Dia berkata dalam al-Mukhtasar: Baginya ada jalan yang banyak, kesemuanya adalah dhaif. Ia disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at.Al-Hakim pula meriwayatkannya dalam al-Mustadrak dan menilainya sebagai sahih. Namun dibantah oleh ramai ahli ilmu. Sesiapa yang mahu membaca lebih lanjut, maka dia boleh membaca biografi al-Hakim dalam Al-Nubala.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.