Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهم! قَنِّعْني بما رَزَقْتَني وباركْ لي فيه، وأَخلِفْ علي كلَّ غائبةٍ لي بخيرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan apa yang telah Engkau rezekikan kepadaku. berkatilah aku padanya serta gantikanlah setiap yang hilang kepadaku dengan kebaikan yang lebih baik.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1559, hadis no. 7897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ -رَضِيَ اللَّه عَنْهُمَا- قال: كان صلى الله عليه وسلم يدعو؛ يقولُ: ((اللهم! قَنِّعْني بما رَزَقْتَني وباركْ لي فيه، وأَخلِفْ علي كلَّ غائبةٍ لي بخيرٍ)) [ك، ((الضعيفة)) (6042)]
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW pernah berdoa, Baginda berkata: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan apa yang telah Engkau rezekikan kepadaku. berkatilah aku padanya serta gantikanlah setiap yang hilang kepadaku dengan kebaikan yang lebih baik.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6042]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman