Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah! Berlaku lembutlah padaku dalam memudahkan segala kesusahan

Teks Bahasa Arab

اللَّهُمَّ! الْطُفْ لي فِي تَيْسِيرِ كُلِّ عَسِيرٍ؛ فَإِنَّ تَيْسِيرَ كُلِّ عَسِيرٍ عَلَيْكَ يَسِيرٌ، وَأَسْأَلُكَ الْيُسْرَ وَالْمُعَافَاةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Ya Allah! Berlaku lembutlah padaku dalam memudahkan segala kesusahan kerana sesungguhnya memudahkan segala kesusahan itu bagi-Mu sangat mudah. Aku juga memohon kepada-Mu kemudahan dan keafiatan di dunia dan di akhirat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1576, hadis no. 7978. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لما وجه جعفر بن أبي طالب رضي الله عنه إلى الحبشة، شيعه وزوده كلمات، قال: قل: اللهم! الطف لي في تيسير كل عسير؛ فإن تيسير كل عسير عليك يسير، وأسألك اليسر والمعافاة في الدنيا والآخرة. [عق، طس، ((الضعيفة)) (7048)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA: Bahawa Rasulullah SAW ketika baginda menghantar Ja’far bin Abu Talib RA ke Habsyah, baginda memberinya sokongan serta memberi beberapa kata-kata. Baginda bersabda: Katakanlah, Ya Allah! Berlaku lembutlah padaku dalam memudahkan segala kesusahan kerana sesungguhnya memudahkan segala kesusahan itu bagi-Mu sangat mudah. Aku juga memohon kepada-Mu kemudahan dan keafiatan di dunia dan di akhirat. [Riwayat al-Uqayli dalam Kitab al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Ṭabarānī dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsaṭ, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7048].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.