Ya Allah! Berilah petunjuk kepada Quraisy kerana sesungguhnya ilmu seorang alim dalam kalangan mereka meliputi lapisan-lapisan bumi

TEKS BAHASA ARAB

اللهم اهد قريشا، فإن علم العالم منهم يسع طباق الأرض، اللهم أذقت أولها نكالا، فأذق آخرها نوالا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Berilah petunjuk kepada Quraisy kerana sesungguhnya ilmu seorang alim dalam kalangan mereka meliputi lapisan-lapisan bumi. Ya Allah! Engkau telah menjadikan permulaannya (Quraisy) dengan balasan (azab), maka berikanlah pengakhirannya dengan kurniaan (kejayaan dan kemenangan).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1778, hadis nombor 8940. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((اللهم اهد قريشا، فإن علم العالم منهم يسع طباق الأرض، اللهم أذقت أولها نكالا، فأذق آخرها نوالا)). [عد، حل، خط، العراقي في ((محجة القرب))، ((الضعيفة)) (399)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ya Allah! Berilah petunjuk kepada Quraisy kerana sesungguhnya ilmu seorang alim dalam kalangan mereka meliputi lapisan-lapisan bumi. Ya Allah! Engkau telah menjadikan permulaannya (Quraisy) dengan balasan (azab), maka berikanlah pengakhirannya dengan kurniaan (kejayaan dan kemenangan).
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād, al-‘Irāqī dalam Maḥajjah al-Qurab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 399]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs