Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهمَّ فَقِّهْ قُريشًا في الدِّينِ، وأَذِقْهُمْ من يَوْمِي هذا آخرَ الدهرِ نوالًا، فقد أذقتَهُمْ نَكَالًا.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Berilah kefahaman kepada orang Quraish dalam agama, dan turunkanlah kepada mereka mulai hari ini hingga ke akhir zaman pemberian-pemberianMu, kerana Engkau telah turunkan kepada mereka kepayahan sebelum ini.
Sahabat Perawi
- Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1605, hadis no. 8096. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن العباس -رضي الله عنه- قال: فلت: يا رسول الله! ما رأيت بعد أبي بكر أوفى [من] قريش الذين أسلموا بمكة يوم الفتح؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اللهم! فقّه قريشاً في الدين، وأذقهم من يومي هذا إلى آخر الدهر نوالاً، فقد أذقتهم نكالاً)). [البزار، ((الضعيفة)) (6788)].
(Sangat Lemah) Daripada Abbas RA, beliau berkata: Aku telah berkata (kepada Rasulullah SAW): "Wahai Rasulullah! Aku tidak melihat selepas Abu Bakar orang yang keislamannya lebih baik dari kalangan orang Quraish yang memasuk Islam di Makkah pada hari pembukaan (Fath Makkah)." Lalu Baginda SAW bersabda: (("Ya Allah! Berilah kefahaman kepada orang Quraish dalam agama, dan turunkanlah kepada mereka mulai hari ini hingga ke akhir zaman pemberian-pemberianMu, kerana Engkau telah turunkan kepada mereka kepayahan sebelum ini.")) [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6788].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman