Ya Allah berikanlah kefahaman dalam agama pada kaum Quraish!

TEKS BAHASA ARAB

اللهم فقه قريشا في الدين، وأذقهم من يومي هذا إلى آخر الدهر نوالا، فقد أذقتهم نكالا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah berikanlah kefahaman dalam agama pada kaum Quraish! Biarlah mereka merasai pemberian bermula hariku ini hingga akhir zaman, kerana sebelum ini Engkau telah berikan mereka merasai pembalasan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1300, hadis nombor 6652. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: قلت: يا رسول الله! ما رأيت بعد أبي بكر أوفى من قريش الذين أسلموا بمكة يوم الفتح. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللهم فقّه قريشاً في الدين، وأذقهم من يومي هذا إلى آخر الدهر نوالاً، فقد أذقتهم نكالاً.
[البزار، ((الضعيفة)) (6788)].

(Sangat lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak melihat selepas Abi Bakr bin Abi Awfa mana-mana Quraish yang memeluk Islam di Mekah pada hari Pembukaan Kota Mekah. Baginda SAW pun bersabda: Ya Allah berikanlah kefahaman dalam agama pada kaum Quraish! Biarlah mereka merasai pemberian bermula hariku ini hingga akhir zaman, kerana sebelum ini Engkau telah berikan mereka merasai pembalasan.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6788].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs