Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللَّهُمَّ فَقِّهْ قُرَيْشًا فِي الدِّينِ، وَأَذِقْهُمْ مِنْ يَوْمِي هَذَا إلى آخِرَ الدَّهْرِ نَوَالًا، فَقَدْ أَذَقْتَهُمْ نَكَالًا.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah berikanlah kefahaman dalam agama pada kaum Quraish! Biarlah mereka merasai pemberian bermula hariku ini hingga akhir zaman, kerana sebelum ini Engkau telah berikan mereka merasai pembalasan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1300, hadis no. 6652. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: قلت: يا رسول الله! ما رأيت بعد أبي بكر أوفى من قريش الذين أسلموا بمكة يوم الفتح. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللهم فقّه قريشاً في الدين، وأذقهم من يومي هذا إلى آخر الدهر نوالاً، فقد أذقتهم نكالاً. [البزار، ((الضعيفة)) (6788)].
(Sangat lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak melihat selepas Abi Bakr bin Abi Awfa mana-mana Quraish yang memeluk Islam di Mekah pada hari Pembukaan Kota Mekah. Baginda SAW pun bersabda: Ya Allah berikanlah kefahaman dalam agama pada kaum Quraish! Biarlah mereka merasai pemberian bermula hariku ini hingga akhir zaman, kerana sebelum ini Engkau telah berikan mereka merasai pembalasan. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6788].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman