Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah berikanlah Ali kelebihan yang belum pernah Engkau berikan kepada seorangpun sebelumnya, juga tidak Engkau berikan kepada orang selepasnya

Teks Bahasa Arab

حديث: أنه قتل علي رضي عنه عمرو بن ود، ودخل النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ. فَلَمَّا رَآهُ كَبَّرَ، وَكَبَّرَ الْمُسْلِمُونَ. فَقَالَ: اللَّهُمَّ أَعْطِ عَلِيًّا فَضِيلَةً لَمْ تُعْطِهَا أَحَدًا قَبْلَهُ، ولا تعطها أحدا ً بَعْدَهُ، فَهَبَطَ جِبْرِيلُ وَمَعَهُ أُتْرُجَّةٌ فَقَالَ: إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ: خَيْرُ هَذِهِ الأُمَّةِ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ، فَدَفَعَهَا إِلَيْهِ فَانْفَلَقَتْ فِي يده فلقتين. فأذا فيها جريدة بيضاء مكتوب فيها سطرين: تُحْفَةٌ مِنَ الطَّالِبِ الْغَالِبِ إِلَى عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ali RA telah membunuh Amr bin Wudd, lalu Nabi SAW pergi kepadanya. Ketika Nabi melihatnya Nabi bertakbir, dan orang-orang Islam turut bertakbir. Baginda bersabda: Ya Allah berikanlah Ali kelebihan yang belum pernah Engkau berikan kepada seorangpun sebelumnya, juga tidak Engkau berikan kepada orang selepasnya. Lalu Jibril turun dan bersamanya ada sebiji buah sitron dan dia berkata: Sesungguhnya Allah berkata: Sebaik-baik umat ini adalah Ali bin Abi Talib, lalu dia memberikan buah itu kepadanya lalu ia terbelah menjadi dua belahan, lalu ada satu lembaran putih tertulis padanya dua baris, sebuah pemberian dari sang peminta dan penguasa, kepada Ali bin Abi Talib.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 376, hadis no. 77. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الذراع، وهو من وضعه.

Diriwayatkan oleh al-Zira’, dia adalah orang yang memalsukannya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.