Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah! Berikanlah aku perlindungan seperti perlindungan kepada bayi yang baru lahir

Teks Bahasa Arab

اللَّهُمَّ واقيَة كواقِيَةِ الوليدِ.

Teks Bahasa Melayu

Ya Allah! Berikanlah aku perlindungan seperti perlindungan kepada bayi yang baru lahir.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1407, hadis no. 7138. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: كان النبي ﷺ يقول: اللهم واقية كواقية الوليد. [ابن أبي عاصم، عد، ((الضعيفة)) (686)]

(Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA, katanya: Nabi SAW selalu berdoa: Ya Allah! Berikanlah aku perlindungan seperti perlindungan kepada bayi yang baru lahir. [Riwayat Ibn Abi 'Asim dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 686]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.