Ya Allah, bagi-Mu segala puji seperti yang engkau sebutkan

TEKS BAHASA ARAB

اللهم لك الحمد كالذي تقول، وخيرا مما نقول، اللهم لك صلاتي ونسكي، ومحياي ومماتي، وإليك مآبي، ولك رب تراثي، اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر، ووسوسة الصدر، وشتات الأمر، اللهم إني أعوذ بك من شر ما تجيء به الريح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah, bagi-Mu segala puji seperti yang engkau sebutkan, dan kebaikan yang kami sebutkan. Ya Allah, bagi-Mu segala solatku dan ibadahku, kehidupanku dan kematianku, kepada-Mu tempat kembali, kepada-Mu ya Tuhan warisanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur dan perasaan was-was di dalam hati, serta perkara yang huru-hara. Ya Allah, aku berlindung kepadamu daripada kejahatan yang datang bersama angin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 737, hadis nombor 3765. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب، قال: أكثر ما دعا به رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عشية عرفة في الموقف: ((اللهم لك الحمد كالذي تقول، وخيرا مما نقول، اللهم لك صلاتي ونسكي، ومحياي ومماتي، وإليك مآبي، ولك رب تراثي، اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر، ووسوسة الصدر، وشتات الأمر، اللهم إني أعوذ بك من شر ما تجيء به الريح)). [ت، ابن خزيمة، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2918)]

(Lemah)
Daripada Ali bin Abu Talib berkata: Apa yang banyak didoakan oleh Rasullah SAW pada petang Arafah ialah: Ya Allah, bagi-Mu segala puji seperti yang engkau sebutkan, dan kebaikan yang kami sebutkan. Ya Allah, bagi-Mu segala solatku dan ibadahku, kehidupanku dan kematianku, kepada-Mu tempat kembali, kepada-Mu ya Tuhan warisanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur dan perasaan was-was di dalam hati, serta perkara yang huru-hara. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang datang bersama angin.
[Riwayat al-Tirmiẓī dalam Sunannya, Ibn Khuzaimah, Abu Nu'aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2918]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs