Ya Allah, ampunkanlah guru-guru. Tanpa mereka akan hilang Al-Quran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: اللهم اغفر للمعلمين، لا يذهب القرآن، وأعز العلماء لا يذهب الدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ya Allah, ampunkanlah guru-guru, kerana tanpa mereka akan hilangnya al-Quran dan muliakanlah ulama kerana tanpa mereka hilang agama.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 276, hadis nombor 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع.

Ianya palsu

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.