Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النِّسَاءِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah wanita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur.
Sahabat Perawi
- Sa'ad bin Abi Waqqas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1576, hadis no. 7979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن سعد رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: اللهم إني أعوذ بك من فتنة النساء، وأعوذ بك من عذاب القبر. [الخرائطي في ((اعتلال القلوب))، ((الضعيفة)) (7050)].
(Syaz) Daripada Sa’ad RA, beliau berkata: Baginda SAW bersabda: Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah wanita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur. [Riwayat al-Khara'itiy dalam Kitab ‘Itilal al-Qulub. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7050].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman