Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وأي وضو أفضلُ من الغسلِ؟!
Teks Bahasa Melayu
Wuduk manakah yang lebih utama berbanding mandi?!
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1210, hadis no. 6161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف مرفوعا) عن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم سئل عن الوضوء بعد الغسل؟ فقال: وأي وضوء أفضل من الغسل؟!. [طب، ك، ((الضعيفة)) (4746)]
(Lemah secara marfu') Daripada Ibn 'Umar RA bahawa Nabi SAW pernah ditanya bekenaan berwuduk selepas mandi? Lalu baginda menjawab: Wuduk manakah yang lebih utama berbanding mandi?! [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4746]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman