Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّما الوضوءُ علَينا مِمَّا خرجَ، و ليسَ علينا مِمَّا دخلَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya wuduk itu hanyalah wajib kepada kita disebabkan benda yang keluar dan tidak diwajibkan kepada kita disebabkan benda yang masuk.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1191, hadis no. 6034. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم على صفية بنت عبد المطلب فغرفت له، أو فقربت له عرقا فوضعته بين يديه، ثم غرفت أو قربت آخر فوضعته بين يديه، فأكل، ثم أتى المؤذن فقال: الوضوء الوضوء. فقال: إنما الوضوء علينا مما خرج، وليس علينا مما دخل. [طب، ((الضعيفة)) (960)]
(Terlalu da'if) Daripada Abi Umamah RA, katanya: Rasulullah SAW pernah masuk menemui Safiyyah binti 'Abd al-Muttalib, lalu Safiyyah pun memotong untuk Baginda atau dia membawa kepada Baginda seketul daging, lalu meletakkannya di hadapan Baginda, kemudian beliau memotong atau membawa yang lain pula, lalu beliau meletakkannya di hadapan Baginda, Baginda pun memakannya. Kemudian tukang azan pun datang seraya berkata: Wuduk, wuduk. Baginda pun bersabda: Sesungguhnya wuduk itu hanyalah wajib kepada kita disebabkan benda yang keluar dan tidak diwajibkan kepada kita disebabkan benda yang masuk. [Riwayat al-Tabarani. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 960]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman