Wudhu dengan satu mud

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "الْوُضُوءُ مُدٌّ وَالْغُسْلُ صَاعٌ وَسَيَأْتِي أَقْوَامٌ مِنْ بَعْدِي يَسْتَقِلُّونَ ذَلِكَ أُولَئِكَ خِلافُ أَهْلِ سُنَّتِي وَالآخِذُ بِسُنَّتِي مَعِي فِي حَظِيرَةِ الْقُدُسِ"


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : "Wudhu dengan satu mud (3/4 liter), mandi dengan satu sha’ (2.75 liter) dan akan datang golongan selepasku yang menggunakan air untuk berwudhu kurang daripada itu. Mereka menyalahi ahli sunnahku, dan orang yang mengambil sunnahku bersamaku di dalam syurga".


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 13, hadis nombor 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال ابن طاهر الفتنى في التذكرة: فيه مجروح ولا يخفاك أنه لا تلازم بين مجرد الجرح والوضع وإن كان في لفظه ما يخالف الكلام النبوي عند من له ممارسة

Ibn Tahir al-Fattani berkata di dalam kitabnya al-Tazkirah : Di dalam sanadnya terdapat perawi yang dikritik dan tidak tersembunyi dari engkau bahawa tiada hubungan antara semata-mata kritikan dan pemalsuan walaupun dari sudut teksnya bersalahan dengan perkataan Nabi SAW bagi sesiapa yang mempunyai kemahiran


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs