TEKS BAHASA ARAB
اتقوا البول، فإنه أول ما يحاسب به العبد في القبر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Waspadalah terhadap air kencing kerana ia merupakan perkara pertama seseorang hamba dihisab dalam kubur.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1196, hadis nombor 6067. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اتقوا البول، فإنه أول ما يحاسب به العبد في القبر.
[ابن أبي عاصم في ((الأوائل))، طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (1782)]
(Palsu)
Daripada Abi Umamah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Waspadalah terhadap air kencing kerana ia merupakan perkara pertama seseorang hamba dihisab dalam kubur.
[Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Awa'il, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan juga dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1782]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.