TEKS BAHASA ARAB
اتق شر من أحسنت إليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Waspadalah kamu akan kejahatan orang yang kamu buat baik kepadanya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 12, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
ليس بحديث، لكن جاء عن محمد بن حاتم المظفري: اتق شر من يصحبك لنائلة، فإنها إذا انقطعت عنه لم يعذر ولم يبال ما قال وما قيل فيه.
.
Ia bukan hadith, namun ia telah diriwayatkan daripada Muhammad bin Hatim al-Mazfari: "Waspadalah kamu akan kejahatan orang yang kamu nasihati kerana jika kamu berpisah daripadanya, dia tidak akan rasa bersalah, dia tidak mempedulikan apa yang dia katakan dan apa yang dikatakan kepadanya".
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.