Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Waspadalah kamu akan kedudukan-kedudukan tohmahan

Teks Bahasa Arab

‌اتَّقُوا ‌مَوَاضِعَ ‌التُّهَمِ.

Teks Bahasa Melayu

Waspadalah kalian akan kedudukan-kedudukan tohmahan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 12, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورده في الإحياء حديثا وقال العراقي لم أجد له أصلا انتهى. لكن جاء في كلام عمر-رضي الله عنه-: "من عرض نفسه للتهمة فلا يلومن من أساء به الظن".

Dimasukkan dalam kitab al-Ihya' sebagai hadith. Al-'Iraqi berkata: "Aku tidak menemui asalnya". Namun, telah datang dalam ucapan 'Umar RA: "Sesiapa yang mendedahkan dirinya kepada tohmahan, maka janganlah dia mencela orang yang bersangka buruk terhadapnya".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.