Waspadalah kalian dengan orang yang membunuh tiga orang, kerana sesungguhnya dia termasuk makhluk Allah yang paling jahat

TEKS BAHASA ARAB

إياكم وقاتل الثلاثة؛ فانه من شرار خلق الله. قيل: ومن قاتل الثلاثة؟ قال: رجل سلَّمَ أخاه إلى سلطانه، فقتل نفسه، وقتل أخاه، وقتل سلطانَه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Waspadalah kalian dengan orang yang membunuh tiga orang, kerana sesungguhnya dia termasuk makhluk Allah yang paling jahat". Ditanya: "Siapakah yang membunuh tiga orang?" Baginda menjawab: "Seorang lelaki yang menyerahkan saudaranya kepada pemerintahnya. Maka dia membunuh dirinya, membunuh saudaranya, serta membunuh pemerintahnya".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 233, hadis nombor 1231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إياكم وقاتل الثلاثة؛ فإنه من شرار خلق الله قيل: ومن قاتل الثلاثة؟ قال: رجل سلم أخاه إلى سلطانه، فقتل نفسه، وقتل أخاه، وقتل سلطانه». [فر، «الضعيفة» (6295)].

(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Waspadalah kalian dengan orang yang membunuh tiga orang, kerana sesungguhnya dia termasuk makhluk Allah yang paling jahat". Ditanya: "Siapakah yang membunuh tiga orang?" Baginda menjawab: "Seorang lelaki yang menyerahkan saudaranya kepada pemerintahnya. Maka dia membunuh dirinya, membunuh saudaranya, serta membunuh pemerintahnya". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6295].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs