Waspadalah kalian dengan isteri kepada lelaki yang berperang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إياكم ونساء الغزاة؛ فإن حرمتهن عليكم كحرمة أمهاتكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Waspadalah kalian dengan isteri kepada lelaki yang berperang; kerana sesungguhnya kehormatan mereka sama seperti kehormatan ibu kalian.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 792, hadis nombor 4074. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعاً: إياكم ونساء الغزاة؛ فإن ‌حرمتهن ‌عليكم كحرمة أمهاتكم.
[عد، البزار، (الضعيفة) (4315)]

(Munkar)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Waspadalah kalian dengan isteri kepada lelaki yang berperang; kerana sesungguhnya kehormatan mereka sama seperti kehormatan ibu kalian.
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’, al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4315]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.