Waspadalah kalian daripada bumi, kerana sesungguhnya ia adalah ibu kalian

TEKS BAHASA ARAB

تحفظوا من الأرض؛ فإنها أمكم، وإنه ليس أحد عامل عليها خيرا أو شرا إلا وهي مخبرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Waspadalah kalian daripada bumi, kerana sesungguhnya ia adalah ibu kalian. Sesungguhnya juga tiada satu orang yang melakukan kebaikan atau kejahatan di atasnya melainkan ia akan melaporkan (perkara tersebut).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 520, hadis nombor 2761. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ربيعة الجرشي، قال: إن رسول الله ﷺ قال: «تحفظوا من الأرض؛ فإنها أمكم، وإنه ليس أحد عامل عليها خيرا أو شرا إلا وهي مخبرة». [طب، «الضعيفة» (5806)].

(Lemah) Daripada Rabi’ah al-Jurashi, beliau berkata: Sesungguhnya Rasullullah ﷺ bersabda: "Waspadalah kalian daripada bumi, kerana sesungguhnya ia adalah ibu kalian. Sesungguhnya juga tiada satu orang yang melakukan kebaikan atau kejahatan di atasnya melainkan ia akan melaporkan (perkara tersebut)". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5806].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.