Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شوِّبوا شَيْبَكُمْ بالحنَّاءِ؛ فإنهُ أسرى لوجوهِكُم، وأطيبُ لأفواهِكُم، وأكثرُ لجماعِكُم، الحنَّاءُ سيدُ ريْحانِ أهلِ الجنةَ، الحنَّاءُ يفصلُ ما بينَ الكفرِ والإيمانِ.
Teks Bahasa Melayu
Warnakanlah ubanmu dengan inai, kerana inai menjadikan wajah-wajah kamu menawan, dan ia adalah sebaik-baik pewangi bagi mulutmu, dan ia menjadikan dirimu lebih kuat. Inai adalah pewangi utama bagi ahli syurga, dan inai juga memisahkan antara kekufuran dan keimanan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 475, hadis no. 2551.
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((شوبوا شيبكم بالحناء؛ فإنه أسرى لوجوهكم، وأطيب لأفواهكم، وأكثر لجماعكم، الحناء سيد ريحان أهل الجنة، الحناء يفصل ما بين الكفر والإيمان)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3745)]
(Lemah) Daripada Anas Bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Warnakanlah ubanmu dengan inai, kerana inai menjadikan wajah-wajah kamu menawan, dan ia adalah sebaik-baik pewangi bagi mulutmu, dan ia menjadikan dirimu lebih kuat. Inai adalah pewangi utama bagi ahli syurga, dan inai juga memisahkan antara kekufuran dan keimanan. [Riwayat Ibnu ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3745]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman