Warna merah itu perhiasan syaitan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الحمرة من زينة الشيطان، وإن الشيطان يحب الحمرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya warna merah itu merupakan antara perhiasan syaitan, dan syaitan suka kepada warna merah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 206, hadis nombor 1082. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يحيى بن أبي كثير أن النبي – صلى الله عليه وسلم – أحد إليه [النظر] (يعني: عبد الله بن عمرو بن العاص) حين رآهما عليه (يعني: الثوبين المعصفرين) وقال: ((إن الحمرة من زينة الشيطان، وإن الشيطان يحب الحمرة)). [عب، ((الضعيفة)) (4331)]

(Lemah)
Daripada Yahya bin Abi Katsir bahawa Nabi SAW berpaling ke arahnya (iaitu: ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As) ketika Baginda melihat dua perkara ini pada diri beliau (iaitu dua helai pakaian berwarna kuning kemerahan). Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya warna merah itu merupakan antara perhiasan syaitan, dan syaitan suka kepada warna merah.
[Riwayat Musannaf 'Abd al-Razzaq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4331]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.