Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الحُمرةَ مِن زينةِ الشَّيطانِ، وإنَّ الشَّيطانَ يحبُّ الحُمرةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya warna merah itu merupakan antara perhiasan syaitan, dan syaitan suka kepada warna merah.
Sahabat Perawi
- Yahya bin Abi Katsir
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 206, hadis no. 1082. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يحيى بن أبي كثير أن النبي – صلى الله عليه وسلم – أحد إليه [النظر] (يعني: عبد الله بن عمرو بن العاص) حين رآهما عليه (يعني: الثوبين المعصفرين) وقال: ((إن الحمرة من زينة الشيطان، وإن الشيطان يحب الحمرة)). [عب، ((الضعيفة)) (4331)]
(Daif) Daripada Yahya bin Abi Katsir bahawa Nabi SAW berpaling ke arahnya (iaitu: ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As) ketika Baginda melihat dua perkara ini pada diri beliau (iaitu dua helai pakaian berwarna kuning kemerahan). Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya warna merah itu merupakan antara perhiasan syaitan, dan syaitan suka kepada warna merah. [Riwayat Musannaf 'Abd al-Razzaq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4331]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman