Warna kemerahan itu perhiasan dan kesukaan syaitan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‌إن الحمرة من زينة الشيطان، وإن الشيطان يحب الحمرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya warna kemerahan itu sebahagian daripada perhiasan syaitan dan sesungguhnya syaitan suka kepada warna kemerahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1624, hadis nombor 8207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف) عن يحيى بن أبي كثير: أن النبي – صلى الله عليه وسلم – أحدَّ إليه [النظر] (يعني: عبد الله بن عمرو بن العاص) حين رآهما عليه (يعني: الثوبين المعصفرين) وقال: ((إن الحمرة من زينة الشيطان، وإن الشيطان يحب الحمرة)). [عب، ((الضعيفة)) (4331)].

(Lemah)
Daripada Yahya Bin Abu Kathir, bahawa sesungguhnya Nabi SAW memerhati ke arah Abdullah Bin Amr al-‘AS ketika baginda melihat sepasang pakaian berwarna kekuningan terang padanya dan baginda bersabda: ((Sesungguhnya warna kemerahan itu sebahagian daripada perhiasan syaitan dan sesungguhnya syaitan suka kepada warna kemerahan.))
[Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4331].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.