Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الحُمرةَ من زينَةِ الشيطانِ، وإنَّ الشيطانَ يُحِبُّ الحمرةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya warna kemerahan itu sebahagian daripada perhiasan syaitan dan sesungguhnya syaitan suka kepada warna kemerahan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1624, hadis no. 8207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يحيى بن أبي كثير: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - أحدَّ إليه [النظر] (يعني: عبد الله بن عمرو بن العاص) حين رآهما عليه (يعني: الثوبين المعصفرين) وقال: ((إن الحمرة من زينة الشيطان، وإن الشيطان يحب الحمرة)). [عب، ((الضعيفة)) (4331)].
(Lemah) Daripada Yahya Bin Abu Kathir, bahawa sesungguhnya Nabi SAW memerhati ke arah Abdullah Bin Amr al-'AS ketika baginda melihat sepasang pakaian berwarna kekuningan terang padanya dan baginda bersabda: ((Sesungguhnya warna kemerahan itu sebahagian daripada perhiasan syaitan dan sesungguhnya syaitan suka kepada warna kemerahan.)) [Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4331].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman