Warna kekuningan adalah pewarna bagi orang-orang yang beriman

TEKS BAHASA ARAB

الصفرة خضاب المؤمن ، والحمرة خضاب المسلم ، والسواد خضاب الكافر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Warna kekuningan adalah pewarna bagi orang-orang yang beriman, warna kemerahan adalah pewarna bagi orang islam, warna kehitaman adalah pewarna bagi orang yang kafir.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1624, hadis nombor 8202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما -، مرفوعاً: (الصفرة خضاب المؤمن، والحمرة خضاب المسلم، والسواد خضاب الكافر). [طب، ك، ((الضعيفة))(3799)].

(Palsu)
Daripada Abdullah Bin Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Warna kekuningan adalah pewarna bagi orang-orang yang beriman, warna kemerahan adalah pewarna bagi orang islam, warna kehitaman adalah pewarna bagi orang yang kafir.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3799)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs