Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصُّفْرَةُ خِضَابُ المؤمنِ ، والحُمْرَةُ خِضَابُ المسلمِ ، والسَّوَادُ خِضَابُ الكافِرِ.
Teks Bahasa Melayu
Warna kekuningan adalah pewarna bagi orang-orang yang beriman, warna kemerahan adalah pewarna bagi orang islam, warna kehitaman adalah pewarna bagi orang yang kafir.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1624, hadis no. 8202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما -، مرفوعاً: (الصفرة خضاب المؤمن، والحمرة خضاب المسلم، والسواد خضاب الكافر). [طب، ك، ((الضعيفة))(3799)].
(Palsu) Daripada Abdullah Bin Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Warna kekuningan adalah pewarna bagi orang-orang yang beriman, warna kemerahan adalah pewarna bagi orang islam, warna kehitaman adalah pewarna bagi orang yang kafir.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3799)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman