Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الزُّرقةُ في العَينِ يُمنٌ ، وَكانَ داودُ أزرَقَ
Teks Bahasa Melayu
Warna biru pada mata ialah tanda keberkatan dan mata Daud AS juga berwarna biru.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1657, hadis no. 8363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الزرقة في العين يمن، وكان داود أزرق )). [الحاكم في ((تاريخه))، ((الضعيفة)) (217)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: ((Warna biru pada mata ialah tanda keberkatan dan mata Daud AS juga berwarna biru)). [Riwayat al-Hakim dalam Tarikhnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 217].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman