TEKS BAHASA ARAB
امرأة ولود أحب إلى الله من حسناء لا تلد؛ إني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wanita yang subur lebih disukai Allah SWT berbanding wanita cantik yang tidak beranak. Sesungguhnya aku bangga dengan umat yang ramai pada hari kiamat kelak.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 969, hadis nombor 5000. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن حرملة بن النعمان، قال: قال رسول الله ﷺ: ((امرأة ولود أحب إلى الله – تعالى – من امرأة حسناء لا تلد. إني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة)).
[ابن قانع، ((الضعيفة)) 7057].
(Lemah)
Daripada Harmalah bin al-Nu’man berkata, Rasulullah SAW bersabda: Wanita yang subur lebih disukai Allah SWT berbanding wanita cantik yang tidak beranak. Sesungguhnya aku bangga dengan umat yang ramai pada hari kiamat kelak.
[Riwayat Ibn Qani’ dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7057].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.