Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
امرأةٌ ولودٌ أحبُّ إلى اللهِ من امرأةٍ حسناءَ لا تلِدُ، إني مُكاثرٌ بكم الأممَ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Wanita yang subur lebih disukai Allah SWT berbanding wanita cantik yang tidak beranak. Sesungguhnya aku bangga dengan umat yang ramai pada hari kiamat kelak.
Sahabat Perawi
- Harmalah bin al-Nu’man
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 969, hadis no. 5000. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حرملة بن النعمان، قال: قال رسول الله ﷺ: ((امرأة ولود أحب إلى الله – تعالى – من امرأة حسناء لا تلد. إني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة)). [ابن قانع، ((الضعيفة)) 7057].
(Lemah) Daripada Harmalah bin al-Nu’man berkata, Rasulullah SAW bersabda: Wanita yang subur lebih disukai Allah SWT berbanding wanita cantik yang tidak beranak. Sesungguhnya aku bangga dengan umat yang ramai pada hari kiamat kelak. [Riwayat Ibn Qani’ dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7057].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman