Wanita yang melahirkan anak lebih disayangi di sisi Allah berbanding wanita cantik namun tidak melahirkan anak

TEKS BAHASA ARAB

امرأة ولود أحب إلى الله تعالى من امرأة حسناء لا تلد؛ إني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wanita yang banyak melahirkan anak lebih disayangi di sisi Allah berbanding wanita cantik namun tidak melahirkan anak; Sesungguhnya aku perbanyakkan bangsa kamu pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 714, hadis nombor 3650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف)
عن حرملة بن النعمان، قال: قال ﷺ: امرأة ولود أحب إلى الله تعالى من امرأة حسناء لا تلد؛ إني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة.
[ابن قائع، ((الضعيفة)) (7057)].

(Lemah)
Daripada Harmalah bin al-Nu’man berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wanita yang banyak melahirkan anak lebih disayangi di sisi Allah berbanding wanita cantik namun tidak melahirkan anak; Sesungguhnya aku perbanyakkan bangsa kamu pada hari kiamat.
[Riwayat Ibn Qani’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7057].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs