TEKS BAHASA ARAB
أيما امرأة صامت بغير إذن زوجها، فأرادها على شيء، فامتنعت منه، كتب الله عليها ثلاثا من الكبائر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mana-mana wanita yang berpuasa tanpa izin suaminya, kemudian suaminya menghendaki sesuatu darinya (melakukan perhubungan), lalu dia melarangnya, nescaya Allah akan menuliskan tiga dosa besar ke atas wanita itu.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 926, hadis nombor 4758. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا، قال: ((أيما امرأة صامت بغير إذن زوجها، فأرادها على شيء، فامتنعت منه، كتب الله عليها ثلاثا من الكبائر)).
[طس، ((الضعيفة)) (2473)].
(Munkar)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana wanita yang berpuasa tanpa izin suaminya, kemudian suaminya menghendaki sesuatu darinya (melakukan perhubungan), lalu dia melarangnya, nescaya Allah akan menuliskan tiga dosa besar ke atas wanita itu.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2473].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.