Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيُّما امرأة صامت بغير إذن زوجِها، فأرادها على شيء، فامتنعت منه، كتب الله عليهَا ثلاثًا مِنَ الكبائر.
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana wanita yang berpuasa tanpa izin suaminya, kemudian suaminya menghendaki sesuatu darinya (melakukan perhubungan), lalu dia melarangnya, nescaya Allah akan menuliskan tiga dosa besar ke atas wanita itu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 926, hadis no. 4758. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا، قال: أيما امرأة صامت بغير إذن زوجها، فأرادها على شيء، فامتنعت منه، كتب الله عليها ثلاثا من الكبائر. [طس، الضعيفة (2473)].
(Munkar) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana wanita yang berpuasa tanpa izin suaminya, kemudian suaminya menghendaki sesuatu darinya (melakukan perhubungan), lalu dia melarangnya, nescaya Allah akan menuliskan tiga dosa besar ke atas wanita itu. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2473].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman