Wanita yang bernifas telah melalui tempoh 7 hari

TEKS BAHASA ARAB

إذا مضى للنفساء سبع، ثم رأت الطهر، فلتغتسل ولتصل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila wanita yang bernifas telah melalui tempoh 7 hari, kemudian dia kelihatan suci daripada nifas, maka hendaklah dia mandi dan solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1196 – 1197, hadis nombor 6073. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذا مضى للنفساء سبع، ثم رأت الطهر، فلتغتسل ولتصل.
[قط، هق، ((الضعيفة)) (1633)]

(Lemah)
Daripada Mu’az bin Jabal RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Apabila wanita yang bernifas telah melalui tempoh 7 hari, kemudian dia kelihatan suci daripada nifas, maka hendaklah dia mandi dan solat.
[Riwayat al-Daraqutni dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1633]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.