Wanita umatku yang paling banyak keberkatannya

TEKS BAHASA ARAB

أعظم نساء أمتي بركة أصبحهن وجها وأقلهن مهرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wanita umatku yang paling banyak keberkatannya ialah yang paling cantik wajahnya dan yang paling murah maharnya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 917, hadis nombor 4702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((أعظم نساء أمتي بركة أصبحهن وجها وأقلهن مهرا)).
[الواحدي في ((الوسيط))، أبو عمر النوقاني في كتاب ((معلشرة الأهلين))، ((الضعيفة)) (1118)].

(Batil)
Diriwayatkan daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wanita umatku yang paling banyak keberkatannya ialah yang paling cantik wajahnya dan yang paling murah maharnya.
[Riwayat al-Wahidi dalam al-Wasit, Abu ‘Umar al-Nawqani dalam kitab Ma’asyir al-Ahlin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1118].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.