Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَعْظَمُ نِسَاءِ أُمَّتي بَركةً أَصْبَحُهُنَّ وَجْهًا وأَقَلُّهُنَّ مَهْرًا.
Teks Bahasa Melayu
Wanita umatku yang paling banyak keberkatannya ialah yang paling cantik wajahnya dan yang paling murah maharnya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 917, hadis no. 4702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: أعظم نساء أمتي بركة أصبحهن وجها وأقلهن مهرا. [الواحدي في الوسيط، أبو عمر النوقاني في كتاب معلشرة الأهلين، الضعيفة (1118)].
(Batil) Diriwayatkan daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wanita umatku yang paling banyak keberkatannya ialah yang paling cantik wajahnya dan yang paling murah maharnya. [Riwayat al-Wahidi dalam al-Wasit, Abu ‘Umar al-Nawqani dalam kitab Ma’asyir al-Ahlin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1118].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman