Wanita tidak boleh menjadi hakim yang memutuskan hukuman kepada manusia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تكون المرأة حكما تقضي بين الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wanita tidak boleh menjadi hakim yang memutuskan hukuman kepada manusia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 820, hadis nombor 4217. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة –رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تكون المرأة حكما تقضي بين الناس)).
[فر، ((الضعيفة)) (6073)]

(Munkar) Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wanita tidak boleh menjadi hakim yang memutuskan hukuman kepada manusia.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6073]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.