Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wanita tidak boleh dinikahi melainkan yang sekufu

Teks Bahasa Arab

لَا تُنْكَحُ النِّسَاءُ إِلا الأَكْفَاءَ وَلا يُزَوِّجُهُنَّ إِلا الأَوْلِيَاءُ وَلا مَهْرَ دُونَ عَشْرَةِ دَرَاهِمَ.

Teks Bahasa Melayu

Wanita tidak boleh dinikahi melainkan yang sekufu. Tidak boleh ada orang yang mengahwinkan mereka melainkan wali. Dan tiada mahar yang kurang dari sepuluh dirham.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 133. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي اللآلئ «لَا تُنْكَحُ النِّسَاءُ إِلا الأَكْفَاءَ وَلا يُزَوِّجُهُنَّ إِلا الأَوْلِيَاءُ وَلا مَهْرَ دُونَ عَشْرَةِ دَرَاهِمَ» بَاطِلٌ لَا أصل لَهُ لَا يرويهِ إِلَّا كَذَّاب: قلت أخرجه الْبَيْهَقِيّ وَضَعفه جدا.

Dalam kitab al-La’ali menyebut: “Wanita tidak boleh dinikahi melainkan yang sekufu. Tidak boleh ada orang yang mengahwinkan mereka melainkan wali. Dan tiada mahar yang kurang daripada sepuluh dirham.” Hadith ini adalah hadith yang batil. Ia tiada asal. Tidak ada yang meriwayatkannya melainkan pendusta. Saya katakan: al-Baihaqi meriwayatkan hadith ini dan menilainya sebagai hadith yang tersangat lemah.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.