Wanita mempunyai dua pelindung

TEKS BAHASA ARAB

للمرأة ستران: القبر والزوج: قيل: وأيهما أفضل؟ قال: القبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wanita mempunyai dua pelindung: kubur dan suami. Dikatakan: Yang mana lebih baik buat wanita?. Katanya: Kubur.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 920, hadis nombor 4719. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((للمرأة ستران: القبر والزوج: قيل: وأيهما أفضل؟ قال: القبر)).
[طب، طص، عد، ابن عساكر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (1396)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wanita mempunyai dua pelindung: kubur dan suami. Dikatakan: Yang mana lebih baik buat wanita?. Katanya: Kubur.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Saghir, Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afaa, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1396].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs