Wanita keluar dari bumi Madinah hingga memasuki al-Hirah tanpa rasa takut kepada sesiapa pun

TEKS BAHASA ARAB

لتخرجن الظعينة من المدينة حتى تدخل الحيرة، لا تخاف أحدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan keluar al-za’inah (wanita duduk atas pelana ketika musafir seorang diri) daripada bumi Madinah hingga memasuki al-Hirah (tempat di Iraq), tanpa rasa takut kepada sesiapa pun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1338, hadis nombor 6837. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر بن سمرة السوائي رضي الله عنه مرفوعا: لتخرجن الظعينة من المدينة حتى تدخل الحيرة، لا تخاف أحدا.
[حل، ((الضعيفة)) (4300)]

(Lemah)
Daripada Jabir bin Samurah al-Suwa’ei RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan keluar al-za’inah (wanita duduk atas pelana ketika musafir seorang diri) daripada bumi Madinah hingga memasuki al-Hirah (tempat di Iraq), tanpa rasa takut kepada sesiapa pun.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4300]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs