TEKS BAHASA ARAB
النساء على ثلاثة أصناف، صنف كالوعاء تحمل وتضع، وصنف كالعر – وهو الجرب -، وصنف ودود ولود، تعين زوجها على إيمانه، فهي خير له من الكنز.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wanita itu terbahagi kepada tiga golongan. Sebahagiannya seperti bekas, diangkat dan diletak. Sebahagian yang lain pula seperti penyakit kurap, dan sebahagian yang lain pula ialah penyayang dan subur rahimnya. Dia menolong suaminya dalam hal-hal keimanan. Wanita (dari golongan ketiga) ini lebih baik daripada harta karun.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 917, hadis nombor 4698. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((النساء على ثلاثة أصناف، صنف كالوعاء تحمل وتضع، وصنف كالعر – وهو الجرب -، وصنف ودود ولود، تعين زوجها على إيمانه، فهي خير له من الكنز)).
[تمام، ((الضعيفة)) (714)].
(Munkar)
Diriwayatkan daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wanita itu terbahagi kepada tiga golongan. Sebahagiannya seperti bekas, diangkat dan diletak. Sebahagian yang lain pula seperti penyakit kurap, dan sebahagian yang lain pula ialah penyayang dan subur rahimnya. Dia menolong suaminya dalam hal-hal keimanan. Wanita (dari golongan ketiga) ini lebih baik daripada harta karun.
[Riwayat Tammam dalam Fawaid beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 714].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.