Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النساءُ لَعِبٌ فَتَخَيَّرُوا.
Teks Bahasa Melayu
Wanita itu permainan, maka hendaklah kalian memilih.
Sahabat Perawi
- Amru bin al-'As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 914, hadis no. 4676. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عمرو بن العاص -رضي الله عنه- مرفوعا: النساء لعب فتخيروا. [الحاكم في تاريخه، فر، الضعيفة (461)].
(Munkar) Diriwayatkan daripada ‘Amru bin al-‘As RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wanita itu permainan, maka hendaklah kalian memilih. [Riwayat al-Hakim dalam al-Tarikh, dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 461].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman